Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan Iran berkata bahawa perbalahan diplomatik di antara Qatar dan beberapa negara Arab lain adalah kegagalan pertama yang berlaku sebagai natijah daripada lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke rantau itu pada bulan lepas.
Lawatan yang menyaksikan Amerika Syarikat menandatangani perjanjian penjualan senjata bernilai USD 110 bilion dengan Riyadh serta menyaksikan Donald Trump menari 'tarian pedang' dengan pembesar Arab Saudi juga diwarnai dengan sentimen anti-Tehran.
"Apa yang berlaku adalah kesan awal daripada 'tarian pedang'," tulis Hamid Aboutalebi yang merupakan timbalan ketua staff pentadbiran Presiden Hassan Rouhani.
Pegawai itu turut mengkritik konsep pakatan ketenteraan yang diterajui oleh Arab Saudi dan dikenali sebagai 'NATO Arab' sepanjang lawatan Trump. Pakatan itu juga menamakan Iran sebagai musuh utama mereka.
Amerika Syarikat turut menyatakan bahawa sasaran utama daripada penjualan senjata besar-besaran kepada Arab Saudi adalah untuk mengekang pengaruh Iran di rantau itu. -ABNA24
/315
6 Jun 2017 - 07:43
News ID: 834568
Seorang pegawai kanan Iran berkata bahawa perbalahan diplomatik di antara Qatar dan beberapa negara Arab lain adalah kegagalan pertama yang berlaku sebagai natijah daripada lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke rantau itu pada bulan lepas.